Glam Malaysia

Bulan Jun lepas, Forbes berkongsi yang Rihanna mengungguli carta paling kaya buat kategori selebriti wanita dengan nilainya berjumlah USD600 million ! Serta sebulan sebelumnya pula, LVMH mengeluarkan kenyataan yang mereka bakal melancarkan jenama fesyen Rihanna yang bernama Fenty. Ia momen penting buat LVMH kerana melancarkan jenama sendiri kedua selepas Christian Lacroix didirikan oleh syarikat fesyen Paris ini. Lebih membanggakan apabila Fenty adalah jenama yang dikendalikan oleh wanita kerana sebelum ini banyak rumah fesyen diketuai oleh pengarah kreatif lelaki. Apa yang menguatkan lagi adalah esen fesyen sekarang tidak lagi memerlukan jenama mewah yang punya legasi besar untuk memonopoli dunia fesyen. Rihanna dilihat sebagai the image maker yang lebih bernas dan dengan nilai popularitinya dapat membantu mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia fesyen. Sebelum dia melancarkan Fenty, Rihanna terlebih dahulu banyak berkolaborasi dengan jenama lain seperti menjadi wajah utama kempen Dior dan melancarkan kasut bersama Manolo Blahnik. Usaha sama ini membuahkan hasil yang lumayan dan sudah pasti Rihanna tahu akan kuasanya lalu melancarkan pula jenama kosmetik sendiri yakni Fenty Beauty. Namun isi penting dalam situasi ini adalah melihat bagaimana LVMH lebih mempercayai kuasa selebriti dalam mengaut keuntungan daripada mewujudkan gelanggang fesyen buat mereka yang baru dan tidak punya modul untuk melancarkan jenama sendiri. Banyak jenama baru yang punyai kekuatan sendiri, namun dipandang sepi dek kerana mereka tidak mampu menukar idea fesyen mereka pada keuntungan. Biarpun ada usaha pada LVMH Prizes, namun ia masih tidak mampu melonjakkan jenama yang menang, mungkin modul pertandingan itu mampu diubah agar lebih banyak jenama muda menerima tempias yang lebih besar. OLEH AIZAT AIDID ASHLEY DAN MARY-KATE BANGGA DENGAN JENAMA THE ROW YANG DIDIRIKAN SENDIRI MEMO GLAM JAM FENDI CLUTCH CHANEL SKARF GUCCI RIHANNA SEWAKTU MELANCARKAN FENTY DI PARIS KASUT SAINT LAURENT THE IMAGE MAKER RANTAI LOUIS VUITTON

RkJQdWJsaXNoZXIy MzE4NDk=